Permohonan Tingkatan 4 MRSM 2015 Online

Permohonan Tingkatan 4 MRSM 2015 Online

Berita baik untuk pemohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2015 apabila Portal Rasmi MARA mengumumkan yang Permohonan Tingkatan 4 MRSM 2015 kini di buka.

Berikut antara pengumuman MARA tentang permohonan MRSM Tingkatan 4 2015 ini.

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti. 

MARA mempelawa pemohon berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM 2015.

MARA memberi keutamaan kepada pemohon daripada keluarga miskin bandar dan luar bandar.

Pemohon hendaklah mempunyai ciri-ciri keperibadian yang unggul dan memenuhi syarat seperti yang dinyatakan di bawah:

1. Amanah, rajin, berdikari, bersyukur, patriotik dan self driven.
2. Berbudi pekerti dan hormat-menghormati hak sesama pelajar dan orang lain.
3. Bersedia menerima serta mematuhi arahan dan peraturan dengan penuh disiplin.
4. Sihat tubuh badan.
5. Bersedia menjalani program latihan kecergasan fizikal.
6. Kesanggupan mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
7. Bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.
8. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

A. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE :
1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
2. Pelajar bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah 
Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
3. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
4. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3.

B. CARA MEMOHON KATA LALUAN :
1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula 3 November 2014 hingga 14 November 2014. 

2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3 yang disahkan benar serta angka giliran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014, semasa mendapatkan kata laluan. 
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

(Permohonan ke Tingkatan 4 Tahun 2015)
Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR. 

C. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 24 hingga 27 November 2014.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.

NOTA :
1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan 
dipertimbangkan.
2. Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar secara online dan cetakan borang tidak akan dipertimbangkan.
3. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.




D. SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM 

Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.




E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 14 November 2014. 



PERMOHONAN ONLINE DI LINK SINI



2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang selewat-lewatnya 21 November 2014


3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2015. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2015, permohonan dianggap tidak berjaya. 



* Untuk permohonan MRSM Tingkatan 1 2015, link permohonan dijangka dikeluarkan selepas keputusan UPSR 2014 diumumkan dijangka pada 26 November 2014.

0 Response to "Permohonan Tingkatan 4 MRSM 2015 Online"

Post a Comment