Sarawak FA Intai Bekas Pemain Man United

Liam Miller

Kerancakan musim perpindahan Liga Malaysia 2015 terus hangat dengan pasukan Sarawak sedang berusaha untuk membeli bekas pemain tengah Manchester United, Liam Miller.

Difahamkan Miller, 33 tahun, bakal menyertai ujian kecergasan bersama skuad Bujang Senang di Stadium Negeri, Petra Jaya, Isnin ini. Miller menyertai Red Devils dari 2004 hingga 2006 di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum dipinjamkan ke Leeds United, seterusnya berpindah ke Sunderland dan Queens Park Rangers.

Selain Miller skuad Bujang Senang kendalian Robert Alberts juga berusaha untuk memikat penyerang sensasi New Zealand, Jeremy Brockie.

Jika menjadi kenyataan, Brockie bakal berpasangan dengan bekas penyerang kebangsaan Australia, Ryan Griffiths yang sudah semusim menyarung jersi Sarawak.

0 Response to "Sarawak FA Intai Bekas Pemain Man United"

Post a Comment