"Drama' Edry Berjaya Raih Simpati Peminat" - Aweera

a



PETALING JAYA: Bekas penyanyi asal Mojo iaitu Aweera berpendapat, “drama” yang dilakukan Edry Abdul Halim untuk meraih simpati masyarakat berjaya apabila kumpulan itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, Edry yang sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama ternyata telah membuktikan kepada khalayak siapakah sebenarnya yang bersikap sedemikian.

"Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

”Sebab itulah kalau dia gunakan menyanyi baru Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik," ujarnya kepada mStar Online.



Mojo dan Caliph Busker memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL 29 Ahad lalu.
Aweera diminta komennya mengenai persembahan Mojo bersama kumpulan Caliph Buskers iaitu pemuzik orang kelainan upaya (OKU) yang berjaya menampilkan persembahan luar biasa pada pertandingan itu.

Vokalis Caliph Buskers iaitu Khairul Azmi Saat menyampaikan lagu Romancinta pada malam itu.

Dalam pada itu Aweera berkata, Edry selaku ketua kumpulan berkenaan terlalu bergantung kepada Cliph Buskers dan kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan  bukannya persembahan sebenar Mojo.

Secara jujur kata Aweera dia amat kagum dengan Caliph Busker sehinga hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyaksikan persembahan mereka.

Ditanya tidakkah dia berjumpa dengan Mojo selepas selesai persembahan, Aweera berkata, dia telah berusaha berbuat demikian ketika di belakang pentas namun dihalang oleh pengawal keselamatan berikutan tidak mempunyai pas khas untuk memasuki kawasan berkenaan. mStar Online

Sumber

0 Response to ""Drama' Edry Berjaya Raih Simpati Peminat" - Aweera"

Post a Comment