
Seorang wanita berusia 40-an tersepit lebih satu jam selepas kereta Proton Aeroback dipandu dirempuh lori membawa muatan batu berhampiran simpang tiga Jalan Besar Pekan Bangi Lama jam 7.35 pagi tadi.
Kejadian dikatakan berlaku apabila lori seberat 10 tan itu dipercayai menghadapi masalah brek sebelum merempuh kereta mangsa dan sebuah lagi kereta model Naza Sutera dipandu lelaki berusia 30-an.
Orang ramai yang berada di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan pemandu kereta Naza Sutera namun gagal menyelamatkan mangsa wanita yang terperosok di bawah lori.
Sepasukan enam anggota bomba dan penyelamat Bandar Baru Bangi yang tiba ke lokasi kejadian pada 7.45 pagi terpaksa mendapatkan bantuan kren bagi mengangkat lori itu.
Mangsa yang masih sedar ketika usaha menyelamat dilakukan kemudian berjaya dikeluarkan anggota bomba dari dalam kereta yang remuk pada 8.47 pagi, lapor Hmetro.
Mangsa yang cedera parah dari bahagian pinggang ke bawah kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan kecemasan.





0 Response to "GAMBAR WANITA TERSEPIT BAWAH LORI-Pekan Bangi Lama"
Post a Comment