
Tak
sangka tindakan anggota polis yang menyuruh Zamani menyanyi sambil tangannya
bergari dan kemudian menyebarkan video tersebut mendapat perhatian ramai rakan
selebriti.
Kebanyakannya
membantah dan menganggap perbuatan tersebut sebagai mengaibkan Zamani sekaligus
menjatuhkan air muka penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang
tersebut.
Hormatilah maruah insan lain – Dato’ Siti
Tapi
apa yang lebih menarik perhatian peminat ialah keprihatinan Dato’ Siti Nurhaliza
terhadap perkara itu. Menerusi Instagramnya semalam, Siti berkongsi semula foto
yang dimuat naik oleh kakak ipar merangkap pengurusnya sambil menulis
caption “Hormatilah
maruah insan lain”.

Mungkin
adik-adik yang baru mengambil pusing tentang industri hiburan tempatan kurang
faham signifikasi antara Siti dan Zamani. Tapi sekadar mengimbas kembali,
kedua-dua penyanyi ini pernah digosipkan bercinta sewaktu zaman kegemilangan
mereka.
Dan
selepas ‘banyak’ tahun berlalu, Siti pun dah bergelar isteri kepada Datuk K.
Jadi rasanya tak ada masalah untuk Siti turut sama prihatin dengan dengan
kejadian menimpa seseorang yang pernah dikenalinya dulu.
Semoga
perkara ini tidak lagi berlaku dimasa hadapan..
0 Response to ""Hormat Maruah Zamani" - Dato’ Siti Nurhaliza"
Post a Comment