Kalau hendak kata rakyat Malaysia tidak memahami rasa terperanjat, takut, simpati dan keinsafan melibatkan kejadian kapal terbang terhempas, maka menipulah jawabnya.
Dengan 3 tragedi dalam setahun lepas, kita begitu trauma untuk mendengar lagi sebarang kemalangan melibatkan pengangkutan udara.
Tak larat lagi melihat jumlah kematian yang tinggi dan kisah-kisah sedih yang mengiringi kejadian malang seumpama itu.
Justeru itu, apabila mendengar sebarang kejadian melibatkan kapal terbang terhempas terutama yang melibatkan mana-mana syarikat penerbangan negara, maka pastikan ia benar-benar berlaku.
Jangan main sebar kerana ia bakal mencetuskan suasana panik dengan begitu pantas sekali dalam masyarakat.
Tidak ada halangan untuk menyebar dan memberitahu rakan serta masyarakat mengenai sesuatu kejadian tetapi dengan syarat ia mestilah BENAR-BENAR berlaku dan bukannya fantasi.
Jangan bila dengar entah daripada sumber mana-mana terus sebarkan melalui media sosial.
Kalau anda seorang pemimpin yang mempunyai pengikut, maka anda perlu dua kali ganda lebih prihatin bila berbuat demikian.
Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi walaupun namanya memperihatkan ciri orang terpelajar, namun kemampuan berfikirnya memperlihatkan tahap kebodohan yang agak luar biasa.
Dengan tidak semena-mena beliau semalam dikesan mengeluarkan tweet melalui akaun peribadinya memberitahu sebuah pesawat milik AirAsia dengan nombor penerbangan AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas berhampiran Putrajaya.
Tweet itu keluarkan pukul 3.55 petang dan masa beberapa minit, ratusan kali ia telah di retweet.
Nampakkah anda berapa pantas berita tidak benar itu tersebar?
Datangnya dari seorang yang mempunyai gelaran Doktor di pangkal nama dan pemimpin parti Islam, siapa ada nombor penerbangan apa semua sudah tentu ramai yang akan menerima dengan bulat-bulat.
Justeru, persoalannya, bagaimana seorang pemimpin parti Islam seperti Dr. Syed Azman yang juga memegang jawatan Penolong Setiausaha Agung Pas tergamak mengeluarkan tweet yang SANGAT TIDAK SENSISTIF itu tanpa sebarang usul periksa?
Kebodohan beliau itu bagaimanapun dikesan segelintir pengguna Twitter.
Satu akaun dengan nama akarbina.webs.com yang memeriksa melalui laman web Flight Stats memberitahu rekod memperlihatkan kapal terbang AK5110 telah mendarat dengan selamat.
Apakah Dr Syed Azman tidak terfikir perasaan keluarga penumpang bila mengeluarkan tweet tanpa asas?
Beberapa pengguna lain juga mempersoalkan Doktor itu.
Beliau kemudian mengeluarkan dua lagi tweet memaklumkan kejadian itu tidak berlaku.
Mahalnya, tidak ada sekali pun beliau memohon maaf atas fitnah yang sudah bertebaran itu.
Persoalan yang terakhir.apakah Dr Syed Azman tidak merasakan tindakan beliau itu salah dan seharusnya tampil memohon maaf kepada semua?
Mungkin AirAsia sendiri perlu menimbangkan untuk mengambil tindakan perundangan ke atas ADUN Batu Buruk ini
Oleh: AK-47
0 Response to "ADUN Akal Kat Bontot Tweet Berita Pesawat AirAsia Terhempas"
Post a Comment