Anak Lelaki Jackie Chan Bebas Selepas 6 Bulan Di Penjara


Beijing – Anak lelaki kepada bintang kung fu, Jackie Chan dibebaskan dari penjara China hari ini selepas menghabiskan tempoh enam bulan penjara kerana kesalahan dadah.


Jaycee Chan, yang mempunyai kerjaya seperti bapanya sebagai aktor dan penyanyi, ditahan pada Ogos tahun lalu dan dituduh membantu dalam penyalahgunaan dadah selepas polis menjumpai 100 gram dadah marijuana di rumahnya di Beijing.


Jaycee sudah menghabiskan lima bulan di dalam penjara selepas mahkamah memutuskan pada bulan lalu apabila dia mengaku bersalah atas kesalahan itu.


Beliau yang berusia 32 tahun dibebaskan dari penjara di ibu negara China itu awal pagi tadi, demikian disahkan ejen pengurusannya, M’Stones International dalam satu kenyataan.


Chan dan syarikat pengurusannya akan mengadakan sidang media esok di mana bintang terkenal itu akan memohon maaf dan memberi penjelasan kepada umum.


Sekurang-kurangnya 10 bintang tempatan China ditangkap kerana kesalahan berkaitan dadah tahun lalu. – AFP

0 Response to "Anak Lelaki Jackie Chan Bebas Selepas 6 Bulan Di Penjara"

Post a Comment