ARTIS WANITA AKADEMI FANTASIA CUBA BUNUH DIRI


Sampai macam tu sekali noh perkara yang jadi pada Amylea bekas pelajar Akademik Fantasia musim ketiga ni.. 

Sebab rasa diri hodoh je dia sanggup nak membunuh diri? Korang jangan terkejut tau, perkara ni memang boleh berlaku.. Tak kiralah pada sesiapa pun..

Terutamanya kepada orang yang memiliki sifat rendah diri yang melampau.., kira rendah diri tahap kritikal lah ni.. Bila berlaku perkara ni, tu yang sampai sanggup mencederakan diri sendiri.. 

Amylea akui dia pun ada sifat rendah diri kritikal ni dan tak yakin dengan penampilan dirinya sampai dia hampir putus asa untuk terus berada dalam industri hiburan..

Kalau dah libatkan diri dalam industri hiburan selalu kita tengok kalau wanita muka dengan body mesti hot.. Baru boleh popular.. Betul tak?

Sejak dari dulu lagi saya memang mempunyai rasa rendah diri yang melampau. Saya cederakan diri sendiri sebab mengikutkan emosi tetapi semuanya kembali pulih selepas menyertai AF. Namun ia sedikit demi sedikit kembali menghantui saya selepas habis pertandingan tersebut

Saya memang rasa kecewa dengan penerimaan umum yang asyik mempertikaikan penampilan dan rupa saya. Tetapi mereka kata mereka tahu kebolehan dan bakat yang saya miliki. Kadangkala fikir tak tahu sampai bila senario begini akan habis, ujarnya..

Tu semua dulu, sekarang ni Amylea dah tak ada sampai nak cederakan diri sendiri.., Amylea dah mengubah penampilan dia.. Miss A tengok dia pun dah semakin cantik.. 

Sumber: utaranews

0 Response to "ARTIS WANITA AKADEMI FANTASIA CUBA BUNUH DIRI"

Post a Comment