Badan NGO India Bantah Terjemah AlQuran Dalam Tamil



GABUNGAN badan bukan kerajaan (NGO) bangsa India membantah langkah menterjemahkan kitab suci Al-Quran ke dalam bahasa Tamil, Cina dan Inggeris untuk edaran kerana bimbang ia akan membawa kesan buruk.

Pengerusi Gerakan Hormat Semua Bangsa (RARE) Kanan Ramasamy berkata cara paling mudah untuk menyebarkan terjemahan itu ialah kepada pelajar sekolah tetapi pihaknya bimbang akan timbul kekeliruan.

Kenapa harus edar kepada mereka yang bukan Islam? Kami ada kitab kami sendiri.
Kami risau sekiranya kitab suci yang diberi secara percuma kepada kanak-kanak bawah umur di sekolah dan orang bukan Islam, ia akan menimbulkan kekeliruan mengenai agama, katanya dalam satu sidang media hari ini, memetik laporan portal Malaysiakini.

Akhbar The Star sebelum ini melaporkan ada program terjemahan One Soul One Quran anjuran Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik (IIS) untuk menerbitkan naskhah Al-Quran dalam empat bahasa berkenaan.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut bekerjasama dalam penghasilan kitab berkenaan.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao AKS dilihat bersetuju dengan langkah menterjemahkan kitab berkenaan atas sebab mempelajari perkara berkaitan agama lain tidak salah.

Belajar mengenai agama lain tak salah, katanya di laman Twitter.

Terjemahan Penuh Surah Al-Kahfi Dalam Bahasa Tamil


Sumber: mynewshub

0 Response to "Badan NGO India Bantah Terjemah AlQuran Dalam Tamil"

Post a Comment