Demi Islam Pakar Daging Ratu Elizabeth Ini Buka Restoran Sendiri di Kuala Lumpur

Nota Editor: Sebelum ini kisah mengenai sebuah restoran steak terkemuka di Kuala Lumpur yang mengenakan caj hampir RM10,000 kepada pelanggannya menjadi viral di laman sosial. Dikongsikan oleh Saudara Zaim Zin di facebook beliau, kami tulis semula perkara penting yang perlu anda tahu mengenai pemilik restoran Menate yang dimaksudkan.

Restoran Menate! Steak terbaik KL.

Kebetulan petang tadi pemilik restoran, Tuan Mustaffa Othman dan anak lelaki beliau ada bersama di sana, terus kami ajak berborak. Peramah orangnya. Ini antara isi bualan kami yang saya boleh kongsikan:

Sebenarnya, asal nama restoran ni datang daripada perkataan Men Ate, yang membawa maksud golongan yang memakan daging. Saya ni asal dari Kelantan, jadi saya pun tambah apostrophe depan tu jadi M nat

Saya buka restoran ni sebab saya sahut cabaran, iaitu untuk menyediakan steak terbaik tanpa menggunakan arak. Dan saya berjaya lakukannya. Kita kan ada Allah

Rahsia awet muda? Tak ada pun. Paling penting, solat subuh mesti kena jaga

Anak saya empat orang. Seorang baru tiga bulan berkahwin, dan dua orang lagi bakal berkahwin tahun ni. Saya tak sabar nak tunggu cucu. Biarlah saya boleh tengok cucu sebelum meninggal


Berpengalaman sebagai konsultan daging di beberapa pasaraya besar seperti Tesco dan pernah berkhidmat dengan NFC selepas balik ke Malaysia pada tahun 2000

Semua yang masuk ke kedai saya ni saya anggap sebagai tetamu saya. Jadi saya perlu layan dengan baik. Mereka bawa berkat. Saya tak suka protokol-protokol

Kalau order steak, air di Restoran Menate ni semuanya percuma, daripada air panas sehinggalah ke air sejuk, free flow. Ianya sebagai sedekah kami kepada tetamu yang datang. Kita bagi 1, Allah bagi 10

Kos saya buat air free tu RM15,000. Kalau nak untung, saya boleh je kenakan caj untuk air. Air kosong pun orang charge 30sen. Tapi saya tak nak. Yang penting mesti habiskan air, kalau tak habis saya akan charge

Ini branch ke-tiga kami. Ampang, Wangsamaju dan Setapak

Semua restoran kami, Ustaz Harun Din yang rasmikan

Pengalaman paling manis saya berkhidmat dengan Queen Elizabeth ialah ketika beliau menyediakan sebuah surau untuk kami bertiga

Pekerja saya kebanyakannya budak surau dan budak tahfiz. Kalau nak kerja dengan saya, saya tak pandang sijil tebal-tebal, tapi saya akan minta mereka baca Qunut depan saya. Kalau lepas, soalan saya seterusnya ialah, bila nak mula kerja?

Kalau ada orang nak belajar tentang daging, saya tak kisah bawa ke dapur. Saya pernah ajar pelanggan di dapur, dia yang pening kepala. Bagi saya, rezeki dari Allah, saya tak kisah untuk ajar pada siapa yang nak belajar

Itulah serba sedikit perkongsian diantara pemilik restoran Menate, Tuan Mustaffa Othman dan juga Saudara Zaim Zin mengenai latar belakang perniagaan daging halal yang diusahakan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat kita semua.



Sumber: thevocket

0 Response to "Demi Islam Pakar Daging Ratu Elizabeth Ini Buka Restoran Sendiri di Kuala Lumpur"

Post a Comment