Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini membidas mereka yang mengkritik tindakannya memburu mereka yang mengguna Twitter untuk mengeluar kenyataan melampau.
Katanya, menuduh polis menggunakan Twitter untuk menangkap mereka yang memberi pendapat berlainan adalah tidak sesuai, dan mendakwa media itu adalah alat bagi undang-undang lapuk dan zalim, adalah tidak wajar.
“Adalah tidak wajar pengkritik menegur cara polis memaklumkan kepada orang ramai mengenai tindakan kita melalui Twitter.
“Merujuk kepada perkara-perkara yang mencetuskan kebimbangan orang ramai, (perbuatan itu) adalah tidak salah dari segi undang-undang.
“Ia adalah salah apabila sesetengah pihak menggunakan platform untuk mempengaruhi atau menghasut pendapat pihak ketiga yang memberi kesan buruk kepada keselamatan negara dan kepentingan awam,” katanya.
“Yang salah ialah apabila sesetengah pihak menggunakan platform itu untuk mempengaruhi atau membakar pendapat pihak ketiga yang boleh menjejas keselamatan kebangsaan dan kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan Jumaat.
Khalid menyeru kepada rakyat supaya mengawal perasaan dan berhati-hati untuk mengawal sentimen perkauman dan agama yang boleh merobek keamanan negara.
“Begitu juga bagi komen hasutan dan menakutkan yang boleh menjejaskan harmoni dan mencetuskan pergolakan di kalangan rakyat,” tambahnya.
0 Response to "Khalid Bidas Dakwaan Salah Guna Twitter"
Post a Comment