Majoriti Pemandu Teksi Di New York Beragama Islam ?


PERKHIDMATAN teksi New York mendedahkan bahawa sebahagian besar pemandu teksi di bandar New York ternyata beragama Islam, di mana para pemandu mempunyai nama depan Muhammad.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh viva.co.id dari laman Mashable, Sabtu (31/1/2015) penemuan ini diungkap oleh Noah Deneau, seorang jurutera elektrik yang juga pengguna laman Reddit. Deneau cuba mengenalpasti profil peribadi sang pemandu.

Deneau menyebutkan, dia memantau aktiviti pemandu teksi selama waktu solat lima waktu. Dari situ pola data menunjukkan, di saat waktu solat pemandu tak bekerja antara 30 hingga 45 minit. Deneau membuktikan, empat pemandu yang tak beroperasi untuk menunaikan solat.

Berkaitan laporan data pemandunya, New York City Taxi & Limousine Commission sejauh ini enggan mengulas. [ra/islampos]

Related Posts :

0 Response to "Majoriti Pemandu Teksi Di New York Beragama Islam ?"

Post a Comment