Keadaan sebuah kereta yang remuk dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebuah kereta Honda Accord, yang mengakibatkan seorang wanita maut manakala enam yang lain cedera, di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dan Jalan Keledang di sini, malam tadi. – Foto BERNAMA
MALANG sememangnya tidak berbau.
Demikian nasib yang menimpa seorang wanita yang maut dalam kemalangandi lampu isyarat simpang empat Bukit Kledang, Jalan Ipoh-Lumut, petang semalam.
Kejadian kira-kira pukul 7 malam tadi ini membabitkan sebuah ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebuah kereta.
Susulan itu, mangsa,Rawaidah Mad Saad, 32, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tercampak keluar dari ambulans.
Manakala, tujuh lagi mangsa cedera telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk menerima rawatan.
Menurut mStar Online, Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Shaharuddin Wan Omar berkata dalam kejadian 7 petang itu, ambulans yang dinaiki enam penumpang bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Accord.
Kita sedang menyiasat bagaimana kejadian ini berlaku. Siasatan awal mendapati ambulans jenis Toyota Hiace yang dalam perjalanan dari Lumut sedang membawa ibu mangsa, Rohani Abdullah, 62.
Rohani merupakan pesakit yang dirujukkan ke HRPB kerana mengalami pendarahan di kepala akibat terlibat dalam kemalangan di Lumut pada petang semalam (Jumaat).
Ambulans tentera yang kebetulan berada di lokasi kemalangan membabitkan ibu mangsa, kemudian membantu untuk mereka ke HRPB, katanya.
Sementara itu, Wan Shaharuddin memberitahu mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk bedah siasat.
Video Kemalangan Ambulans (Bukan Kes Diatas)
Sumber: mynewshub
0 Response to "Pesakit Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Ambulans Di Ipoh"
Post a Comment