TASHA SHILA MENGAMUK ARAH STESEN TV HENTI SEBAR AIB


Nama Tasha Shilla mula disebut-sebut semenjak dua menjak ni, bila ada sebuah program hiburan hujung minggu lalu menimbulkan persoalan sama ada benar atau tidak Tasha terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau Escort Girl.. 

Mungkin disebabkan terlampau rimas asyik dikaitkan dengan perkara ni, Tasha telah tampil dan meminta semua pihak untuk berhenti kaitkan dia dengan kegiatan tak bermoral tu..

Miss A faham perasaan Tasha, siapalah yang tak marah bila diri dikaitkan dengan aktiviti seperti tu.. Bukan hanya menjatuhkan maruah diri, malah melibatkan maruah keluarganya..

Selepas keluar isu berkenaan saya mendapat banyak panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang mahukan penjelasan berhubung isu itu. Ia turut memberi kesan kepada keluarga bila mereka turut bertanya isu yang sama selain persepsi buruk di mata masyarakat, ujarnya.

Disebabkan hal inilah yang Tasha telah mengambil keputusan untuk menghantar satu notis amaran pada stesen TV tersebut.. Mereka akan diberi masa selama dua minggu untuk memberi respon perkara terbabit.. Sama-samalah kita nantikan apa yang bakal berlaku..

Sumber: utaranews

0 Response to "TASHA SHILA MENGAMUK ARAH STESEN TV HENTI SEBAR AIB"

Post a Comment