
Pelakon
Uqasha Senrose menyifatkan gosip kononnya dia kini sedang diintai oleh seorang
anak hartawan sebagai cerita rekaan dan tidak mempunyai asas kukuh.
Uqasha
atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, berkata, dia sendiri tidak
pasti siapakah individu dimaksudkan sedang mendekati dirinya dan hanya
mengetahui mengenai perkara itu selepas membacanya di akhbar.
"Saya
langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu dan pada saya gosip berkenaan
adalah mengarut dan tidak mempunyai asas.
"Malah
saya sendiri tidak mengetahui anak hartawan mana yang dimaksudkan," katanya
kepada mStar Online, Ahad.
Uqasha
mengulas mengenai laporan dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mendakwa
dia sedang diintai oleh anak hartawan dan mereka dikhabarkan pernah keluar
bersama.
Lelaki
berkenaan dikatakan adalah tunang kepada seorang pelakon baharu dan pernah
dikaitkan dengan beberapa artis wanita lain sebelum ini.

Dalam
pada itu, Uqasha berkata, dia berasa pelik kerana sering dijadikan sasaran gosip
biarpun perkara berkenaan tidak benar dan berharap dia tidak lagi dikaitkan
dengan cerita seumpama itu pada masa hadapan.
"Sudah-sudahlah
buat cerita tidak benar mengenai saya. Saya sendiri pun tidak faham,"
ujarnya.
Sementara
itu, bercakap mengenai hubungannya dengan pelakon Syafiq Kyle, Uqasha
menjelaskan dia tidak pernah menyorokkan status sebenar hubungan mereka kerana
mereka masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
Malah
kata Uqasha, dakwaan kononnya hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Syafiq
menjadi penyebab dia berdolak-dalih mengenai percintaannya dengan lelaki itu
juga tidak benar.
"Hubungan
saya dengan ibu Syafiq okey sahaja tidak seperti mana dilaporkan.
"Tentang
saya dan Syafiq, kami masih baik. Kami berkawan dan masing-masing sedang
mengenali hati budi," jelasnya ringkas.
0 Response to "Uqasha Senrose Tepis Dakwaan Kononnya Bercinta Dengan Anak Hartawan"
Post a Comment