Ahli sihir jadi buruan kerana serang kanak-kanak albino..


Tak tenang sungguh hati nih.. Benarkah wujudnya ahli sihir pada zaman globalisasi nih.. Heran sungguh.Ye la, benda-benda macam ni macam bukankah hanya wujud pada zaman dulu kala jer.. Ntah la kan..

Kini, difahamkan, lebih 200 orang ditahan dalam kempen kerajaan memerangi tukang sihir yang terbabit dalam serangan dan pembunuhan masyarakat albino yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini di Tanzania.Fuyooo… Realiti kott!!

Biar betull… Kesian abam-abam polis.. Jangan nanti terkena dah la dengan dorang.. Ye la, kita tangkap, then takut jugak kalau dorang ‘balas’ dendam.. Dorang kan banyak cara yang tersendiri.

Penangkapan dilakukan beberapa hari selepas Presiden Jakaya Kikwete menyifatkan serangan yang berterusan terhadap penduduk albino negara itu sebagai memalukan negara.

Rasenyer kita semua tahu yang masyarakat albino menjadi sasaran pembunuhan kerana anggota tubuh mereka menjadi bahan untuk melakukan sihir.So, no wonder la ahli-ahli sihir berkenan dekat golongan nih.

Kesian dekat golongan-golongan istimewa ni yer.. Hidup pun tak tenteram..Lepas satu, satu muncul..Harap-harap ditabahkan hati selalu… Amin..

 

0 Response to "Ahli sihir jadi buruan kerana serang kanak-kanak albino.."

Post a Comment