Babi Dan Cadbury Memang Tak Dapat Dipisahkan


Isu Cadbury dengan babi berpisah tiada, kali ini timbul pulak isu imej haiwan berwarna pink itu di atas kepingan Cadbury Milk Kid 20g. Makin ragu-ragu lah penggemar coklat itu terhadap status halal yang digunakan oleh pengeluar Cadbury.

Menurut Cadbury Malaysia, dorang menafikan sekeras-kerasnya yang produk coklat keluaran Cadbury yang tertera imej babi itu adalah keluar mereka. Iyer la mungkin coklat Cadbury itu di import masuk ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perhubungan Hal Ehwal Korporat Cadbury, Raja Zalina berkata, “Produk ini diimport pihak ketiga yang bebas mengimport mana-mana produk keluaran luar negara.

“Pengimportan atau pembelian mana-mana coklat keluaran Cadbury oleh pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak Cadbury Malaysia dan kami tidak mempunyai hak untuk menyekat mahupun mengawal mana-mana pihak yang ingin membeli dan menjual produk-produk tersebut.

“Sekiranya pengguna ingin maklumat lanjut tentang produk tersebut sila hubungi pihak penjual.”

 “Jadi nasihat kami, pengguna harus memilih Coklat Cadbury keluaran Malaysia.” Katanya.

 So lepas ni kalau korang nak beli coklat Cadbury ni check la dulu make sure yang coklat tu keluaran Malaysia punya. Bukan apa takut korang terbeli yang ada kandungan babi pulak.

 

Sumber

0 Response to "Babi Dan Cadbury Memang Tak Dapat Dipisahkan"

Post a Comment