Pelakon Boy Iman atau nama sebenar Norul Iman Abd Rahman 35, akui rumahtangganya kini sedang goyah dan dalam usaha untuk memulihkan hubungan dengan isterinya Kumala Dewi Anas, 37.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya yang kini berusia setahun 6 bulan dan kini dikhabarkan tidak duduk sebumbung.
Boy Iman berkongsi kisahnya ini menerusi rancangan hiburan Melodi baru-baru ini, turut menjelaskan dia dan isteri masih menjalani sesi kaunseling untuk memulihkan keadaan.
“Saya kahwin dan hampir 3 tahun, biasalah dalam perhubungan suami isteri ada pasang surutnya dan saya akui rumahtangga saya sedang bergolak.
“Namun pihak mahkamah mengesyorkan untuk menjalani sesi kaunseling dahulu, sekiranya tidak member impak yang positif maka keputusan untuk bercerai kemungkinan akan dilafazkan ,” ujar Boy Iman.
Dalam pada itu, Boy Iman juga memberitahu punca rumah tangganya goyah disebabkan hal perniagaan yang diuruskan olehnya mengalami kerugian dan memberi tekanan kepada isterinya.
“Biasalah adat orang bisnes, kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi, tetapi untuk yang kali ini memang agak teruk juga.
“Dayus untuk diri saya kalau tidak lafazkan cera kalau isteri saya dah tawar hati dengan saya, apa-apa pun saya sentiasa doa yang terbaik untuk diri saya dan keluarga.
"Saya juga tunggu tarikh untuk failkan cerai sekiranya ada, sekali lagi saya mohon kepada semua doa-doakanlah untuk saya,” katanya mengakhiri bicara.
0 Response to "Boy Iman Bakal Menduda"
Post a Comment