Che Ta Mengaku Kepala Rasa 'Lebih Sejuk' Lepas Pakai Tudung


Rozita Che Wan mengejutkan semua peminatnya apabila tampil bertudung selepas pulang dari menunaikan umrah.. Che Ta sendiri mengakui rasa lebih tenang dan seronok dengan perubahan imejnya yang terkini..

Che Ta juga maklumkan niat dia nak bertudung tu dah lama.., cuma sebelum ni hati dia tak terbuka sepenuhnya dah berhijab.. So dia mulakan langkah berhijab semasa menyambut hari lahir suaminya, Zain Saidin..

“Tak tahu nak gambarkan perasaan sekarang. Yang pasti saya rasa sangat tenang dan seronok dengan perubahan ini.

Saya memang sudah lama tanam niat (untuk berhijab) cuma sebelum ini mungkin hati tak dibuka sepenuhnya lagi. Urusan berhijab bukan benda main-main dan perlu ambil serius setiap aspek. Persediaan diri kena diambil kira sebab saya seorang selebriti.

Apabila saya sudah bersedia, saya cuba-cuba pakai pada sambutan hari lahir Zain ke-31, minggu lalu dan selepas itu kami menunaikan umrah. Sejak itu, saya semakin selesa dan yakin. Alhamdulillah saya sangat bersyukur sebab diberikan hidayah ini,” ujarnya..

Mungkin ditambah dengan doa dari Zain sendiri untuk melihat isterinya ni bertudung.. Apapun, tak dapat dinafikan lagi ramai selebriti Malaysia yang sudah bertudung..

Bertudung tu bertudung jugak, lepas ni kalau ada anugerah apa-apa jangan la pakai pakaian yang tak bersesuaian dengan imej bertudung anda tu ye.. Bertudung bukan tutup kepala je.., satu badan tau..

 

Sumber

0 Response to "Che Ta Mengaku Kepala Rasa 'Lebih Sejuk' Lepas Pakai Tudung"

Post a Comment