Dedah Punggung Di Instagram, Peminat Kecam Kilafary



Selepas Diana Danielle, Ainul Aishah, Wak Doyok menimbulkan kontroversi dalam bidang hiburan sepanjang minggu ini, timbul seorang lagi artis tempatan yang kononnya menampilkan aksi mencolok mata dalam satu sesi fotografi majalah.

Aktres yang dimaksudkan ialah anak kepada penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil iaitu Kilafairy, 23.

Foto yang dimuat naik Kilafairy sendiri di laman Instagramnya itu seolah menampakkan dia mengenakan ‘hot pants’ paras paha yang mendedahkan sedikit bahagian punggungnya.

Ekoran gambar tersebut, pelakon drama Hanya Satu ini mendapat kecaman ramai pihak.

Bahkan, ada juga yang mendakwa Kilafairy sengaja mencari publisiti seperti seorang lagi pelakon wanita yang juga terkait dengan isu kontroversi sama baru-baru ini.

Malaysian Digest cuba menghubungi gadis berbibir seksi ini untuk mendapatkan komen tetapi pengurusnya memberitahu Kilafairy kini sedang menjalani penggambaran.

"Tentang hal itu, Kila tidak akan beri apa-apa komen. Dia pun tidak kisah apa yang orang hendak kata tentang gambar itu.

"Lagipun, itu kriteria yang diminita oleh pihak majalah tersebut. Sesi fotografi itu telah dijalankan sejak lama dulu.

"Isu ini tidak akan menjejaskan perjalanan kariernya. Saya yakin peminat Kila akan faham," kata pengurusnya sebelum menamatkan perbualan.

Bagaimanapun, selepas MD bercakap dengan pengurusnya, didapati gambar tersebut sudah dibuang dari Instagram milik artis itu.

Selain dikenali dengan imej seksi, sebelum ini Kilafairy juga pernah terpalit dengan kontroversi ekoran tersebarnya video yang menunjukkan kononnya dia tidak memakai seluar ketika satu sesi fotografi untuk jenama fesyennya sendiri, Rack.

Namun, Kila berkata, isu tersebut memberi pengajaran kepadanya malah selepas ini dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.








Sumber

0 Response to "Dedah Punggung Di Instagram, Peminat Kecam Kilafary"

Post a Comment