DYANA Sofya Mohd Daud mula menjadi buah mulut seantero Malaysia setelah dia ‘terpilih’ menjadi calon kerusi Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil 2014 lalu, mewakili parti DAP.
Walaupun tewas di tangan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, Dyana dilihat tidak terus malap dalam arena politik Malaysia.
Mana taknya, nama Dyana kembali menjadi sensasi selepas dirinya dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang juga dari DAP pada Oktober tahun lalu.
Namun, kontroversi tersebut hilang perlahan-lahan lantas sepi daripada dibicarakan.
Hinggalah semalam, tiba-tiba nama Dyana kembali panas apabila dia memuatnaik satu foto di laman sosial Facebook rasminya. Haa… gambar apa tu?
Dyana memuat naik gambar dirinya yang baru sahaja bangun dari tidur. Amboi, baru celik mata tapi tetap cantik!
Ramai tertanya-tanya, apa motif sebenar tindakan tersebut. Dah tak ada kerja sangat ke sampai bangun tidur pun nak ambil selfie dan muat naik ke Facebook?
Rupa-rupanya, ianya dilakukan Dyana bagi mempromosikan satu kempen memperkasakan wanita yang dilakukan majalah Marie Claire.
Dyana turut menyeru orang ramai untuk turut serta dalam kempen tersebut dengan melakukan tindakan serupa.
Terang Dyana, Marie Claire bakal menyumbang RM10 bagi setiap gambar ‘selfie bangun tidur’ yang dimuatnaik orang ramai.
Berdasarkan hasil carian #marieclairemalaysia, banyak individu menyertai seruan kempen tersebut dengan memuatnaik gambar bangun tidur mereka termasuk pelakon genit Sharifah Amani.
Kembali pada gambar bangun tidur Dyana, ruangan komen wanita berusia 28 tahun itu didapati mendapat reaksi bercampur daripada banyak pihak.
Sebilangan pengguna mengkritik Dyana kerana menganggap tindakan tersebut sebagai tak patut, malah ada segelintir menegur aurat yang terdedah.
Manakala sebahagian lagi, memuji wanita tersebut kerana mempromosikan kempen kesedaran tentang hak wanita kepada masyarakat Malaysia.
Tepuk kepala juga bila fikir konsep kempen ini. Apalah kaitan antara bangun tidur dan hak-hak wanita, kan?
Apa-apapun, kalau ada yang terniat untuk menyertai kempen ini, pastikanlah tak ada air liur basi melekat tepi pipi, ya!
- MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Dyana Sofya Kongsi Gambar Bangun Tidur Di Facebook"
Post a Comment