(Foto) Selak Peha Gebu Bukan Isu Besar - Sharifah Sakinah


Bagi peminat, mereka mungkin mengenali pelakon Sharifah Sakinah sangat bersahaja dari aspek personaliti dan penampilan di media termasuk imej seksi.

Malah, adik kepada pelakon dan pelawak Sharifah Shahirah ini pernah beberapa terpalit dengan kontroversi gara-gara imej mencolok mata.

Terkini, Sakinah menerima kritikan sesetegah pihak ekoran imejnya yang agak 'daring' sebagai penghias muka depan sebuah majalah wanita.

Jika diberi kritikan pada pakaian, Sakinah kelihatan anggun bersama gaun berwarna merah.

Namun, apa yang membuatkan biji mata pembaca tertonjol apabila dia dengan berani menyelak bahagian bawah pakaian itu sehingga menampakkan pahanya yang gebu.

Akibat tindakan itu, ada pihak menyuarakan aksi Sakinah itu kurang manis apatah lagi dia seorang anak dara beragama Islam dan bakal memikul tanggungjawab sebagai isteri tidak lama lagi.

Mengulas isu itu, Sakinah menyatakan dia tetap dengan pendekatan tidak mahu ambil pusing mengenai komen negatif sesetengah pihak terhadap dirinya.

"Kalau kita asyik nak fikir apa orang kata, tidak ke manalah jawabnya. Saya ada pendirian saya.

"Lagipun bakal suami saya mengenali saya seadanya. Sebagai artis saya faham, sentiasa ada banyak mata yang memerhatikan kita. Ini jalan yang kita pilih, kita harus terima.

"Bagi saya, imej itu bukan isunya tapi apa yang penting kita tahu tanggungjawab. Kalau nak terbuka atau tertutup, soal seksi atau tidak, jika seseorang itu berani buat dia juga perlu berani tanggung risikonya.

"Kalau kita seksi tapi orang tak suka, ada orang kata apa yang kita buat itu salah atau betul, kita kena terimalah," katanya.

Bercerita pula kisah persiapan perkahwinannya pada 28 Mac ini, Sakinah atau nama sebenar, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 26, mengakui teruja tetapi dalam masa sama gementar memandang tanggungjawab sebagai isteri orang.

Katanya, dia sedikit risau kerana persiapan untuk majlis pernikahannya masih belum sempurna sepenuhnya.

"Sebenarnya, saya gementar sebab ini pertama kali saya kahwin. Semua persiapan saya uruskan sediri dibantu oleh pengurus saya.

"Saya takut tak sempat sebab banyak lagi yang belum siap. Setakat ini semuanya berjalan lancar.

"Melakukan persiapan kahwin sendiri membuatkan saya lebih rasa bertanggungjawab sebab selama ini saya rasa perangai saya macam budak-budak sikit," katanya.

Sakinah dan bakal suaminya Aliff Adha Jamil, 27, yang merupakan seorang juruterbang mula berkenalan sekitar awal Januari tahun lalu dan bertunang pada 25 Oktober tahun lalu.

Tiada Wang Hantaran

Memilih konsep minimalis, majlis pernikahan yang akan diadakan di Hotel Shangri La di ibu kota itu akan dimulakan majlis akad nikah pada sebelah petang sebelum makan malam.

"Majlis kami secara 'simple' dan sederhana dan hanya sauadara mara terdekat dan kawan-kawan rapat saja yang diundang. Pada 4 April nanti baru diadakan majlis resepsi bertempat di Mindeff.

"Bakal suami saya tak beri wang hantaran sebab memang saya tak minta. Lagipun apa yang penting kami mahu halalkan perhubungan kami, jadi kami tak ikut sangat adat," katanya yang turut memberitahu belum memutuskan destinasi bulan madu

Sakinah akan memberikan bakal suami sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang hantaran.

Uniknya, hantaran daripada pihak lelaki berupa barang-barang sukan berjenama Adidas dan alatan sukan dan senaman.

"Macam kebiasaan orang akan beg tangan dan kasut berjenama mahal tapi saya minta barang yang saya suka kebanyakannya jenama Adidas dan alat senaman seperti 'dumbbell'.

"Sebenarnya, untuk hantaran bakal suami, saya belum beli lagi," katanya sambil tertawa kecil.

Dalam pada itu Sakinah berkata, status sebagai isteri tidak menghalang untuk dia meneruskan karier lakonan selain menjalankan aktiviti kecergasan di Fitness Sakinah.

"Saya rasa selepas kahwin pun, tiada apa yang berubah sangat. Kerjaya saya masih lagi seperti biasa.

"Dia (Aliff) sangat memahami. Kami akan tetap seperti teman lelaki dan teman wanita cuma bezanya hubungan kami sudah halal," katanya.

- mD


0 Response to "(Foto) Selak Peha Gebu Bukan Isu Besar - Sharifah Sakinah"

Post a Comment