Jual bayi sendiri sebab nak pergi Honeymoon.. Punggahhh!!!

Nak honeymoon dengan boyfriend punya pasal sampai sanggup jual anak sendiri. Dah tak ada duit tu buat la cara tak ada duit. Duduk ja di rumah apa susah.

Tak pun kalau gedik sangat nak bercuti dengan boyfriend, kerja lah cari duit baru bercuti, apedaa ! Seorang wanita di Colombo ini sanggup menjual anaknya yang baru berusia lima tahu semata-mata nak jalan-jalan cuci mata dengan marka dia.

Niat mereka untuk menjual budak kecil itu terbongkar selepas pasangan itu tiba di salah sebuah hotel di Colombo untuk proses mencari pembeli. Kononnya tinggal kat hotel tu nak buat urus niaga la. Tapi last-last kantoi.

Bukan setakat dorang je kena tahan, sekali dengan agen yang nak bantu dorang dalam urusan jual beli budak tu sekali kena tahan. Perbuatan mereka ni kantoi sebab si pembeli ni sebenarnya seorang polis, dorang menyamar je jadi pembeli.

Nak jual pada harga Rs30,000 yang bersamaan RM834, alehhhh.. Itu pun ada hati nak honeymoon luar negara. Sekali guna dah habis.

Kini kanak-kanak terbabit diserahkan kepada pusat Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Prajapathi, nasib pasangan tu pulak akan ditentukan di mahkamah. -TiraGomez/UtaraNews.com

Sumber

0 Response to "Jual bayi sendiri sebab nak pergi Honeymoon.. Punggahhh!!!"

Post a Comment