Kaki Ciplak Milo Kantoi Ditangkap Di Negeri Sembilan


Kalau tiba-tiba Milo yang korang macam tu rasa lain semacam je baik korang periksa balik keasliannya. Bukan apa sebab sekarang ni bukan setakat jenama baju je yang ada tiruan, tetapi benda-benda makan pun dorang sanggup jugak buat copy original.

Terkejut Gomez bila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo yang dihasilkan secara tiruan.

Perhhhh !! Tergamak dorang ambil kesempatan atas orang lain. Nak dikira hasil dari rampasan tu total-total ada dalam RM250,000 jugak la uolss !! Memang banyak la. Cuba korang bayangkan buat kerja dalam premis kecil tu ja.

Modal ntah berapa kerat je .. Tapi untung makkk aii masyukknyaa ! Dorang ni kantoi buat kerja menipu ni di sebuah taman perumahan mewah di Mantin.

Mungkin dorang pasarkan dekat kawasan yang berdekatan je. Iyer la kalau nak pasarkan satu Malaysia kena buka kilang la. Haaaa.. Bagi korang yang stay berdekatan dengan Mantin baik korang be aware. Kalau rasa selama ni korang minum Milo rasa lain semacam je baik buang.

Kita tak tahu apa bahan yang dorang guna masa buat Milo tu. Ntah halal ntah tidak kan. Milo ni sebenarnya diproses di kilang Nestle je, lain dari tu hmmm faham-faham lah yer



Sumber

0 Response to "Kaki Ciplak Milo Kantoi Ditangkap Di Negeri Sembilan"

Post a Comment