Kaunter Dilarang Pamer Rokok




SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sedang mengambil beberapa inisiatif untuk mengawal tabiat merokok termasuk mengharamkan produk tembakau dipamerkan berhampiran kaunter juruwang.



Setiausaha Parlimennya, Prof Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata, pihak kementerian mahu mengurangkan kesan pengiklanan rokok mulai dari sudut dipaparkan khusus kepada golongan belia.



"Apabila produk tembakau tidak lagi dipamerkan secara menonjol maka ia boleh mengurangkan pembelian rokok tanpa dirancang serta membantu usaha perokok cuba berhenti merokok," katanya pada sesi perbahasan perbekalan peringkat jawatankuasa MOH di Parlimen hari ini.



Beliau berkata, MOH akan mengharamkan titik pameran tembakau pada tahun ini menerusi pindaan Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan). 



Menurutnya, pihak peruncit akan diberi tempoh masa 12 bulan untuk mematuhi peraturan itu.

Sumber

0 Response to "Kaunter Dilarang Pamer Rokok"

Post a Comment