Kenapa Gadis Cantik Ini Merayu Agar Dicabut Nyawanya ?



Seorang gadis remaja berusia 14 tahun merayu agar dibenarkan menamatkan riwayatnya sendiri.

Valentina menderita penyakit Cystic Fibroisis, sejenis penyakit genetik yang menyebabkan gangguan pada paru-paru, hati dan buah pinggang.

Valentina Maureira meminta kebenaran daripada Presiden Chile, Michelle Bachelet, untuk mengambil sejenis suntikan ‘lethal’ yang akan mengakibatkan kematian.

Dalam video rayuannya, Valentina berkata dia sudah tidak tahan dengan rawatan dan ubat-ubatan yang perlu diambil. Valentina setakat ini sudah melalui lima pembedahan.

Abang Valentina, Michael, meninggal dunia kerana penyakit yang sama. Cystic Fibroisis antara penyakit yang disahkan setakat ini sebagai tiada penawar.

0 Response to "Kenapa Gadis Cantik Ini Merayu Agar Dicabut Nyawanya ?"

Post a Comment