Miliki 'Sugar Baby' Serendah RM400






BERBAYAR: Golongan 'sugar baby' mengharapkan elaun bulanan serta hadiah sebagai balasan untuk 'persahabatan' yang ditawarkan termasuk seks. Gambar dilakonkan oleh model.

PETALING JAYA: Sukar untuk memiliki 'sugar baby' sendiri? Terima kasih kepada Internetkerana salah seorang daripada mereka mungkin boleh menjadi milik anda dengan bayaran serendah RM400.

Menerusi tawaran tertentu, golongan lelaki kaya atau 'sugar daddy' akan membayar sejumlah wang kepada gadis muda untuk menemani mereka termasuk tawaran seks kini menjadi perkara biasa.

Proses penawaran itu boleh dilihat laman web tertentu serta iklan dalam talian.

Menyamar sebagai 'sugar daddy', 'sugar mummy' atau 'sugar baby', wartawan The Star bertanya beberapa soalan kepada secara dalam talian kepada beberapa gadis termasuk penuntut universiti yang menawarkan perkhidmatan itu.

Turut ditemui seorang gadis yang menawarkan perkhidmatan serendah RM400 sebagai bayaran bulanan bagi aktiviti seks.

Malah ada dikalangan gadis-gadis itu menawarkan harga yang lebih tinggi.

Sebagai contoh seorang remaja perempuan yang masih belajar di tingkatan enam dari Ipoh yang dikenali sebagai Puteri mengiklankan perkhidmatannya secara dalam talian dengan harga RM1,000 sebulan termasuk perkhidmatan seks.

Sementara itu seorang gadis berusia 23 dari sini yang sudah memberi perkhidmatan kepada beberapa orang berstatus 'datuk' mengenakan bayaran RM500 bagi sekali janji temu untuk makan malam.

"Ia perlu untuk gaya hidup saya. Saya perlukan pakaian dan makanan mewah.

"Sugar dady kawan saya mampu memberikannya semua itu, jadi saya juga mahukannya," kata Puteri.

Terdapat beberapa laman web khusus yang akan memadankan antara 'sugar daddy', 'sugar mummy' dengan 'sugar baby'.

Data dari salah satu laman web menunjukkan bahawa hampir 50 peratus daripada 'sugar baby' adalah pelajar kolej - meningkat daripada 20 peratus pada tahun 2006. 


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/03/03/hanya-rm400-untuk-miliki-sugar-baby/


Sumber

0 Response to "Miliki 'Sugar Baby' Serendah RM400"

Post a Comment