Nurse Kena Buang Kerja Sebab Selfie Dengan Pesakit ICU






Mungkin ini cara wanita ni mengzahirkan rasa meluat dengan kerjanya kot. Nak hantar surat perletakkan jawatan takut tak diterima, last-last dia pilih jalan ni.

Tatiana Kulikova, 25, memuat naik gambar selfienya bersama dua orang pesakit yang berasingan dengan kepsyen  ‘Another Moron‘ dan ‘How I Hate My Job.’ Siap buat peace lagi tu, dah la kawan tu tengah dok nazak sebab kemalangan.

Nak dijadikan cerita lepas dia selfie dengan pesakitnya tu, tak lama lepas tu pesakitnya tu meninggal dunia. Sebab tu la tindakan paramedik ni dikecam hebat orang ramai.

‘Ternyata ianya amat jelas bahawa dia tidak mempedulikan pesakitnya itu semasa dia mengambil gambar tak bertamadun itu,’ kata ahli kempen kesihatan tempatan, Artem Golubev. 40.
‘Tindakannya itu sangat tidak berhati perut dan dia tidak menjaga kebajikan pesakitnya itu sehingga ada yang meninggal dunia selepas gambar itu diambil,’ tambahnya.

Ada satu gambar tu dia siap tunjuk symbol ‘fuck’ lagi dekat muka pesakit dia tu.eshhh tak senonoh sungguh perangai. Kalau dah benci kenapa keja dalam bidang tu. Cari jela kerja lain apa susah kan.

Lepas gambarnya tersebar secara meluas, paramedik tu terus dipecat serta merta. Mesti dia rasa lega kan sebab kena pecat. Lagipun dia memang benci pun keja situ haha, pelik.

Sumber

0 Response to "Nurse Kena Buang Kerja Sebab Selfie Dengan Pesakit ICU"

Post a Comment