Zhongshan (China): Seorang kanak-kanak dipaksa mengemis dalam keadaan berbogel di jalan raya di sini, semalam oleh ibunya sebagai cara untuk menghukumnya.
Dalam gambar yang menjadi viral dalam laman sosial China, ibu kanak-kanak itu dilihat berdiri di sebelahnya dengan berpakaian lengkap sambil memegang mangkuk.
Wanita itu juga merotan anaknya sekali atau dua dengan wayar yang dipungut di tepi jalan, menurut seorang pengawal keselamatan yang berada di tempat kejadian.
Orang ramai yang lalu di situ berusaha membantu kanak-kanak itu. Tetapi selepas didesak, si ibu membenarkan kanak-kanak itu memakai baju, tetapi mangsa tidak berani berdiri sehingga seorang lelaki datang mengangkatnya,
Menurut laporan, kanak-kanak itu dihukum selepas dia mencederakan rakan sekelasnya dalam satu pergaduhan.
Sebagai hukuman, dia dipaksa berbogel dan meminta sedekah untuk mendapatkan wang bagi membayar ganti rugi.
Sebahagian pengunjung laman sosial mengecam tindakan wanita itu dengan menyifatkannya sebagai kejam. - Agensi
Related Posts :
Silap Bagi Hadiah Harijadi, Lelaki Ini Merana Putus CintaKalau lah dapat teman lelaki sebegini, mesti pening kepala awek dia.. Haih la.. Hari yang disangka indah bertukar menjadi ‘gelap’.Sepatutnya… Read More...
Anak Kecil Dipaksa Bogel Tepi Jalan Untuk Minta Sedekah Seorang kanak-kanak dipaksa mengemis dalam keadaan berbogel di jalan raya di sini, semalam oleh ibunya sebagai cara untuk menghukumnya.Dala… Read More...
Gara-gara nak cantik, bibir pompuan ni jadi macam paruh itik.. HahahaPanas!! Panas!! Panas!! Berhati-hati ya kaum wanita di luar sana yang gemar buat bibir jadi besar nih..Haa, bukan apa, pihak medik sudah pun… Read More...
Gagal Jawab Soalan Matematik, Pengantin Lelaki Ditinggalkan Pengantin Perempuan Pada Hari Perkahwinan Mereka Seorang pengantin perempuan di New Delhi meninggalkan majlis perkahwinannya selepas bakal suaminya gagal menyelesaikan soalan matematik pal… Read More...
Perogol Kena Pukul Dengan Orang Kampung Sampai MatiKalau nak ikutkan kejam, penduduk kampung di Nagaland, India ini lagi kejam rasanya. Iyer la sanggup dorang dera suspek, Ibo Cha, rogol dan … Read More...
0 Response to "Paksa Anak Bogel, Mengemis"
Post a Comment