Pelajar Putus Cinta Bunuh Diri Terjun Bangunan Sekolah




Mayat seorang remaja lelaki ditemui dalam keadaan berlumuran darah sekitar tengah hari kelmarin di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa.



Ekoran putus cinta dan tertekan, pelajar berusia 17 tahun itu dipercayai terjun dari tingkat 10 bangunan sekolah yang terletak di Jalan Kuchai Lama ketika waktu persekolahan.



Memetik laporan sebuah portal berita, remaja terbabit dikatakan telah meminta izin untuk ke tandas. Namun masa yang diambil terlalu lama menyebabkan guru dan rakan-rakan keluar mencari lantas menemui buku nota yang mengandungi ayat ucapan selamat tinggal kepada rakan serta guru.



Mangsa ditemui oleh beberapa orang pelajar yang berada di kawasan padang sekolah.



Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. Unit Forensik mengesahkan tiada unsur jenayah.



Menurut pihak berkuasa, punca kejadian dipercayai akibat putus cinta yang mungkin menyebabkan mangsa tertekan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Rakan dan guru sekolah menyifatkan mangsa seorang yang ceria, berdisiplin, suka menolong dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.

Sumber

0 Response to "Pelajar Putus Cinta Bunuh Diri Terjun Bangunan Sekolah"

Post a Comment