Kuala Lumpur: Seramai 89 wanita pelayan pelanggan (GRO) Thailand dan Laos ditahan dalam serbuan polis di empat pusat hiburan di Scott Garden, Brickfields, di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 1 pagi itu, kegiatan empat pusat hiburan itu menggaji wanita sebagai GRO, selain dipercayai menawarkan khidmat pelacuran terbongkar selepas Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu premis itu serentak.
Dalam operasi diketuai Superintendan Razali Abu Samah bersama lima pegawai dan 31 anggota itu, seramai 89 GRO berjaya ditahan.
Razali berkata, tiga daripada empat premis itu tidak mempunyai lesen pusat hiburan dan menggajikan wanita warga asing untuk menarik pelanggan.
Katanya, sembilan wanita daripada 89 yang ditahan itu juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
“Tiga pengurus pusat hiburan bersama juruwang berusia 22 hingga 40 tahun turut ditahan bersama GRO berkenaan untuk siasatan lanjut.
“Ketika serbuan di semua premis terdapat antara 100 dan 150 pelanggan berhibur dan ditemani wanita warga asing,” katanya kepada wartawan di sini, semalam.
Beliau berkata, pemeriksaan ke atas pelanggan mendapati tiada sebarang rekod kesalahan dan semuanya dibebaskan selepas selesai proses dokumentasi.
Razali berkata, semua premis itu beroperasi antara dua serta tiga tahun dan serbuan dilakukan pasukan D7 Bukit Aman hasil dari aduan awam dan pemerhatian yang dibuat selama dua minggu.
“Semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut,” katanya.

- hmetro.com.my
Sumber
0 Response to "Peluh Dingin Wanita Gedik"
Post a Comment