'Nikmat' Pengantin








Gambar hiasan
Balik Pulau: “Kami mengambil kesempatan untuk disatukan dalam majlis ini kerana ia menjimatkan belanja, tambahan pula suami masih lagi belajar,” kata Noor Masitah Morat, 21, yang diraikan bersama 17 pasangan pengantin lain dalam Majlis Walimatulurus Perdana 2015 di sini, semalam.

Noor Masitah berkata, dia dan suaminya, Muhamad Aiman Akbar, 21, mula berkenalan sejak tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St George Balik Pulau turut tidak menjangkakan mereka adalah pasangan termuda yang diraikan dalam majlis julung kali diadakan di negeri ini.

“Sebenarnya kami memang tidak terlintas untuk mendirikan rumah tangga dalam usia semuda ini tambahan suami masih lagi belajar di sebuah kolej di Pahang.

“Tetapi atas nasihat dan restu keluarga, kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan segala persiapan dilakukan dalam masa amat singkat,” katanya.

Turut diraikan dalam majlis sama adalah wartawan akhbar Berita Harian, Norhidayah Che Din, 28, dan pasangannya Mohd Hafiz Azizan, 29.






PASANGAN pengantin bergambar pada majlis Walimatulurus Perdana 2015 di Kompleks Sukan MPPP di Balik Pulau, semalam.

Hidayah berkata, beliau dan pasangannya sememangnya berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan pada tarikh berkenaan dan kebetulan majlis berkenaan turut berlangsung pada hari yang sama.









Sumber

0 Response to "'Nikmat' Pengantin"

Post a Comment