Tiga Wanita Seksi Goda Pengawal Bertugas Penjara









Seramai 28 orang banduan berjaya melepaskan diri dari Penjara Awam Nova Mutum selepas tiga wanita seksi berpakaian seragam polis berjaya menggoda pengawal penjara tersebut, baru-baru ini. – AGENSI


 

CUIABA, Brazil 8 Feb. - Seramai 28 orang banduan berjaya melepaskan diri dari sebuah penjara di sini selepas tiga wanita seksi berpakaian seragam polis berjaya menggoda pengawal penjara tersebut, baru-baru ini.

Portal berita Mail Online melaporkan, kejadian yang berlaku di Penjara Awam Nova Mutum itu turut menyaksikan tiga pengawal terbabit digari dan dibiarkan dalam berkeadaan bogel di dalam penjara.

Penyiasat berkata, pengawal penjara pengsan selepas diberi minuman keras mengandungi dadah setelah suspek berjaya memujuk mereka untuk turut serta dalam satu parti kecil.

Polis berkata, suspek datang kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia) dan bertanya sama ada mereka dibenarkan masuk untuk `berbual dan minum’ bersama pengawal yang bertugas.

“Selepas berjaya meracun dan menggari pengawal tersebut, suspek bertindak merampas kunci dan membebaskan semua banduan. Polis yang telah diberikan dadah tidak mengingati apa yang berlaku.

“Berpuluh-puluh banduan berjaya melepaskan diri sambil membawa senapang dan peluru yang diambil dari penjara,” kata ketua polis, Angelina de Andrades Ferreira.

Susulan daripada kejadian itu, polis melancarkan usaha memburu secara besar-besaran, dengan lapan banduan berjaya diberkas, semalam.









Sumber

0 Response to "Tiga Wanita Seksi Goda Pengawal Bertugas Penjara"

Post a Comment