menerusi media sosial bermacam-macam jenis perangai manusia yang kita temui. Ada golongan yang mahukan perhatian, ada yang ingin kelihatan cantik dan hebat serta nampak kaya raya.
Semuanya gara-gara golongan ini amat percaya
menerusi media sosial, mereka boleh menjadi popular dan diminati ramai
orang.
Tapi, dalam banyak perkara, apa yang tidak
boleh diterima adalah bila ada pihak yang gemar menipu sehingga sanggup guna
gambar orang lain semata-mata ingin menunjukkan kehidupan serba mewah yang
kononnya dilalui.
Lebih mengejut dan menyedihkan, individu
tersebut berselindung di sebalik perwatakan Islamiknya.
Berikutan sikap melampaunya itu, wanita yang
dikenali sebagai Edlyena atau nama sebenar Zetti Edlina ini menerima kritikan
dan kecaman hebat netizen sehingga satu laman page ‘Zetti Edlina Kantoi Menipu’
ditubuhkan.
Menerusi laman sosialnya, wanita ini dikatakan
sering memaparkan pelbagai koleksi barangan jenama mewah.
Sadisnya, penipuanya mula terbongkar apabila
ramai yang menyedari gambar tersebut sebenarnya diambil menerusi google dan
dicuri dari akaun pengguna sosial lain.
Lebih teruk, hasil pemeriksaaan mendedahkan
kereta Lamborghini yang didakwa dipandunya itu rupa-rupanya adalah gambar dan
milik seorang lelaki Cina.
Boleh dikatakan, bermacam-macam lagi penipuan
telah dilakukan termasuklah pembeli mengenai testimonial jubah yang
dijualnya.
Difahamkan, ada juga ura-ura mendakwa Edlyena
telah menipu teman usrahnya dengan mengaku dia adalah seorang janda dan telah
bertunang dengan seorang ustaz di Mesir.
Namun hakikatnya suami dia masih ada dan mereka
masih lagi sah bergelar suami isteri. Siapa sangka, disebalik niqab berwarna
hitam dan pandangan matanya redup itu terselindung kehidupan yang penuh
kepura-puraan.
Anehnya, wanita ini masih lagi mempunyai ribuan
pengikut di laman Instagram yang percaya bulat-bulat dengan cerita-cerita indah
palsunya itu.
Bagaimanapun, menerusi laman Facebooknya,
Edlyena menafikan segala penipuan yang telah dibuat dan mendakwa ia adalah
fitnah yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Bagi kami, jika benar, mungkin, sudah tiba
masanya Edlyena berpijak di bumi nyata dan berhenti hidup dalam dunia yang penuh
dengan kepura-puraan.
0 Response to "(15 Gambar BUKTI) Gadis Berniqab Ini DIKECAM TERUK Oleh Orang Ramai Kerana Gemar Menipu & Memburukkan Islam"
Post a Comment