Seorang perempuan yang ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di sebuah rumah di Tunjang kerana disyaki berkhalwat tiba-tiba pengsan sejurus tiba di Balai Polis Jitra untuk proses membuat laporan.
Aiiiii… Acting ke ni?? Malu ditangkap?? Buat benda terkutuk tu tak pula takut sampai pengsan ye!! Tak takut dosa ke tapi takut kena tangkap. Apa nak jadi dengan manusia la ni! Hurmmm..
Difahamkan, kejadian berlaku jam 11.45 malam, perempuan tu berusia 24 tahun dipercayai takut sampai tak sedarkan diri dalam van PADKP. Disebabkan dia, anggota penguat kuasa PADKP terpaksa berpatah balik ke Hospital Jitra untuk perempuan tu mendapatkan rawatan.
Tapi bila sampai hospital pandai pula dia sedarkan diri. Auta aje semua tu!! Selepas dah sedar baik tu, dia dengan pasangan dia dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan.
Difahamkan, kononnya perempuan tu pernah mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan dia pengsan kalau takut. Wallahu a’lam.
0 Response to "Akibat Terlalu Takut, Wanita Dicekup Khalwat Tiba-tiba Pengsan di Kubang Pasu"
Post a Comment