Korang pernah rasa tak pengalaman dapat servis yang teruk ketika ingin
membuat urusan dengan pegawai bank? Kami pasti mesti ada diantara korang yang
pernah rasai pengalaman tu. Rasa nak marah, nak tumbuk, nak tampar pun ada kalau
dapat pegawai bank yang tak reti nak senyum.
Jangan salah faham, bukan semua pegawai bank di Malaysia ni yang macam tu.
Sebab abam pernah juga jumpa pegawai bank yang sangat sopan, tak melenting dan
tak lekang je senyuman dari muka. Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki ini
kongsi kisah sikap pegawai yang sangat melampau. Haihh kerja pegawai bank pun
ada juga sikap bongkak kan? Alahaiii..
Cerita bermula apabila..
Pada minggu lepas, saya telah mengambil borang untuk staf saya bagi membuka
akaun simpanan peribadi memandangkan semua urusan pembayaran gaji syarikat
melalui cek Maybank.
Dan semasa di kaunter pertanyaan. Saya dimaklumkan jika ada surat dari
pihak syarikat yang dia bekerja, maka perlu deposit RM50 sahaja. Berbanding
prosedur biasa RM250. Ini memudahkan staf saya memandangkan dia baru sahaja
bekerja.
Selang sehari selepas itu, saya pergi sekali lagi ke cawangan tersebut dan
berjumpa dengan seorang lagi staf maybank yang lain bertanyakan betul atau tidak
kalau saya buat surat syarikat. boleh deposit RM50 sahaja. Beliau mengatakan “YA
BETUL”.
“Bukan duit beribu-ribu pun masuk”
Pagi tadi 20hb September 2015. pukul 9 pagi. Staf saya pergi ke cawangan
tersebut untuk menghantar borang yang sudah diisi. Staff lelaki di kaunter 1
merujuk ke pegawai wanita di belakangnya berserta surat dari syarikat
saya.
Malangnya pegawai wanita tersebut mengherdik dengan mengatakan “Syarikat
awak kerja bukanlah syarikat besar-besar macam di KL. Dia menambah, “bukan duit
beribu-ribu pun masuk”. Lalu beliau mengarahkan pekerjanya di kaunter tadi untuk
mengekal seperti prosedur asal iaitu RM250.
‘Sungguh keterlaluan..’
Sikap pegawai wanita tersebut sungguh keterlaluan. Menghina syarikat kecil
saya serta memalukan staf saya di hadapan orang. Saya agak kecewa dan terguris
memandangkan semua syarikat dan anak syarikat saya merupakan pelanggan setia
Maybank.
Staf saya terpaksa balik kerumah orang tuannya untuk meminjam RM200 bagi
urusan tersebut. Ini menyusahkan staff saya yang menaiki motor jauh ke
rumah.
Ini bukan soal RM50 atau RM250. Tapi sikap pegawai tersebut yang anguh,
sombong, dan memalukan jenama besar seperti Maybank!
Jangan pandang rendah syarikat kecil..
Jika kami salah, mohon diberitahu dengan cara baik. Apatah lagi sudah 2
kali saya bertanya dengan 2 orang staf maybank sebelum saya buat surat
tersebut!
Jangan ingat kamu seorang pegawai, kamu boleh mengherdik syarikat kecil
seperti kami. Kamu mungkin tidak tahu syarikat besar bermula dari syarikat kecil
seperti kami.
Saya akan buat surat rasmi untuk dihantar ke ibu pejabat Maybank Kuala
Lumpur.
0 Response to "‘Bukan Duit Beribu-Ribu Pun Masuk’- Lelaki Ini Dihina Pegawai Bank"
Post a Comment