
Jadi kayap adalah! Bodoh betul bertindak membuta tuli percaya benda karut macam tu. Yang jadi mangsa benda karut ni anak la.
Nak kaya konon, mana ada orang kaya dengan cara macam ni. Semua atas usaha sendiri la. Tak ada nya benda tahyul macam ni boleh jadi kaya!
Difahamkan, Girjesh Pal, 38 pukul anak dia, Kushi sampai mati di hadapan isteri dia sendiri selepas berlaku pertengkaran antara diorang.
Menurut sumber, ibu mangsa, Sunita mendakwa suami dia tu menyerang anak perempuan dia selepas seorang kawan pernah ‘menasihati’ dia kononnya dia akan memperoleh kekayaan kalau mengorbankan anak dia tu.
Masa hari kejadian tu, Girjesh dilihat membeli kapur yang digunakan untuk acara ritual dan enggan makan malam kerana atas alasan berpuasa.
Sunita berkata, suaminya tu membuat beberapa acara ritual sebelum memukul anak diorang, malah dia juga turut minum darah mangsa dan berkata tujuan dia mengorbankan nyawa anaknya adalah untuk memberi kebahagian kepada keluarga serta kestabilan kewangan.
Walaupun Sunita dan seorang lagi anak lelakinya cuba untuk menyelamatkan mangsa, namun gagal.
Menurut penduduk kat situ, semua yang berada di tempat kejadian menjerit dan cuba untuk membantu tapi dihalang oleh Girjesh.
Girjesh yang bekerja sebagai petani sering mengalami masalah kewangan dan dia kini ditahan atas tuduhan membunuh.
0 Response to "Bunuh, Minum Darah Anak Untuk Kaya"
Post a Comment