Empat
budak dan seorang budak perempuan berusia antara lima bulan hingga lapan tahun
mati ditetak oleh seorang lelaki yang mengalami masalah mental daerah Chai
Prakarn Chiang Mai manakala ibu kepada tiga daripada kanak-kanak itu,
cedera.
Menurut
The Nation, lelaki itu, Asapa Siwua, 22, dibebaskan dari hospital di Chiang Mai
sebulan lalu, masuk ke dalam rumah dengan membawa pisau besar lalu menetak
kepala dan leher kanak-kanak terbabit. Mereka dikenal pasti sebagai Wasant Sae
Ying, Aaref Sae Ying, Singju Sae Ying, Hao Sang Sae Ying dan Theerawut
Denwipailertlam.
Yikor
Sae Jern, ibu kepada dua budak anak budak perempuan yang dibunuh, luka dari muka
hingga ke telinga. Dua lagi budak yang menjadi mangsa ialah anak saudara Yikor
dan anak jirannya.
AP
melaporkan, jurucakap polis Leftenan Kolonel Sombat Kalasuk berkata, lelaki itu
menjadi berang dengan bunyi bising dari rumah jirannya iaitu rumah mangsa lalu
mengambil pisau sepanjang 47 sentimeter di dapur dan pergi ke rumah berkenaan
dan membunuh kanak-kanak terbabit.
Tiga
kanak-kanak yang menjadi mangsa ditemui dalam rumah manakala seorang lagi
ditemui berhampiran pagar di luar rumah. Budak kelima mati di
hospital.
Selepas
melakukan pembunuhan itu, lelaki berkenaan masuk ke dalam rumahnya dan penduduk
kemudian mengepung rumah berkenaan.
Apabila
polis tiba dan membawa keluar lelaki itu, penduduk menyerangnya hingga dia
cedera. - Agensi Credit Eberita
Thailand
Gambar kelima
mangsa ditetak lelaki masalah mental
0 Response to "Dua Budak Mati Ditetak Kerana Buat Bising Dalam Rumah"
Post a Comment