Dramatis terkenal, Zarina Zainuddin akhirnya telah mendedahkan identiti suami yang dikahwininya 21 tahun lalu sekaligus menamatkan tanda tanya yang berlegar dalam kalangan para peminat selama ini...
Pendedahan yang dilakukan dalam satu majlis kenduri doa selamat pada hujung minggu lepas di kediamannya di Subang Jaya kerana pelakon berkenaan tidak sanggup lagi menyembunyikan gerangan suaminya dan madunya iaitu Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor....
“Saya tidak mencari publisiti murah dengan mendedahkan identiti mereka berdua di media massa. Niat saya untuk mengelakkan fitnah dan cerita kurang elok tentang status saya selepas ini....
“Sebenarnya saya hanya berkahwin dengan seorang lelaki saja dalam hidup iaitu Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar ketika berusia 22 tahun. Hanya dia suami saya dunia akhirat,” katanya....
Pada permulaan madunya agak kurang bersetuju apabila dirinya menyuarakan hasrat untuk memperkenalkan suami dan keluarga besar mereka, namun wanita itu akhirnya memberi kebenaran selepas beberapa kali berbincang....
Perkahwinan Zarina dengan ahli perniagaan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhmmad Razil Azrai, Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai...
SUMBER : katakcomel.my
0 Response to "Inilah Dia Suami Dan Madu Zarina Zainuddin Yang Telah Disembunyikan Selama 21 Tahun Yang Lalu !"
Post a Comment