Sekali Seminggu Untuk Tidur
Sempurna
Menurut Ahli Antropologi di Universiti
Rutgers, New Jersey, Helen Fisher, seks membuatkan otak anda merembesoxytocin
yang boleh meningkatkan waktu dan kualiti tidur anda. Selain itu, lebih tidur
bermaksud kurangnya rasa lapar sekali gus membantu anda mengurangkan berat
badan.
Dua Kali Seminggu Untuk
Kesihatan
Pasangan yang melakukan hubungan seks dua
kali seminggu mempunyai 30 peratus lebih protein immunoglobulin A yang berupaya
untuk melindungi anda daripada jangkitan penyakit. Kajian turut menunjukkan mood
yang terhasil selepas hubungan seks memainkan peranan yang penting untuk anda
kekal sihat.
Tiga Kali Seminggu Untuk
Jantung
Menurut kajian dari Universiti Bristol,
seks tiga kali seminggu mengurangkan 50 peratus risiko serangan jantung kerana
seks membantu kadar denyutan jantung sekali gus memperbaiki pengaliran darah di
dalam badan.
Empat Kali Seminggu Untuk Awet
Muda
Kajian oleh Hospital Royal Edinburgh
telah menunjukkan pasangan yang melakukan hubungan seks emarang melakukan
hubungan seks. Ini adalah kerana, seks menghasilkan hormon pertumbuhan manusia
yang membantu mengurangkan lemak badan dan membantu memberikan kulit yang
cantik.
Lima Kali Seminggu Untuk Prestasi
Kerja
Seks yang dilakukan sebanyak lima kali
seminggu mampu meningkatkaan tenaga, keyakinan, fokus dan kreativiti sekali gus
membuatkan anda lebih positif dan mempunyai perkahwinan yang lebih bahagia.
Semua ini membantu anda melakukan kerja dengan lebih baik di
pejabat.
Enam Kali Seminggu Untuk Menjadi Lebih
Pandai
Seks menggalakkan pengaliran darah ke
otak dan merembes hormon yang mampu meningkatkan daya intelektual anda. Bukan
itu sahaja, menurut kajian, seks sebanyak enam kali seminggu mampu mewujudkan
sel-sel otak yang baru.
Tujuh Kali Seminggu Untuk Kurangkan
Stress
Seks setiap hari mampu mengurangkan
tekanan. Menurut seorang doktor di California, seks yang kerap boleh
mengurangkan rasa bimbang kerana ia menghasilkan endorfin. Ia juga mampu
memperbaiki mood anda untuk menjadi lebih gembira.
0 Response to "JUMLAH SEKS YANG SEWAJARNYA DALAM SEMINGGU"
Post a Comment