Shahrizal Jaszle Diarah Bela Diri Berkhalwat

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selesa memerintahkan pelakon Shahrizal Jaszle membela diri atas tuduhan melakukan khalwat dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 23, pada 16 Mei 2013.

Shahrizal Jaszle Diarah Bela Diri Berkhalwat

Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya elemen kes yang boleh disabitkan ke atas tertuduh.

Sehubungan itu, Abd Halim memerintahkan Shahrizal atau sebelum ini dikenali dengan nama Shahz Jaszle membela diri sama ada secara memberi keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah atau berdiam diri.

Kes berkenaan disambung pada 8 Disember depan.

Dalam kejadian 16 Mei 2013,  Shahrizal dan pasangannya  Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
 

-mstar

0 Response to "Shahrizal Jaszle Diarah Bela Diri Berkhalwat"

Post a Comment