(gambar hiasan)
UTTAR
PRADESH – Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15
tahun semata-mata kerana wanita itu enggan melakukan seks, kemudian hanya duduk
di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih enam jam sehingga polis tiba
di tempat kejadian dan menangkapnya.
Rajiv
Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya,
Meenu Sharma.
Pasangan
itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu dilaporkan kakak
Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung Nariyawal, daerah
Bareilly.
“Sebaik tiba di tempat
kejadian kami menemui mayat wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk
di sebelah. Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran pada badan, hanya darah yang
banyak,” kata pegawai polis Santosh Kumar.
Sebelum
itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar
rumahnya.
Menurut
polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan memberitahu, dia
memasukkan lengan kanannya ke dalam kemaluan isterinya sehingga menyebabkan
kematian.
“Walaupun dia mengaku
menyebabkan kematian isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi
menentukan punca sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat.
Menurut
sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi
berjumpa seseorang di bandar.
Selepas
ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah rendah
kelmarin. Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari.
Sementara
itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu berkata: “Saya sedang tidur ketika
kejadian berlaku. Mereka kerap bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu
apa-apa.” – Agensi/myMetro Online
0 Response to "Suami Memasukkan Tangan Dalam Kemaluan Isteri Hingga Mati Kerana Enggan Berasmara"
Post a Comment