Kebelakangan
ini, media sosial menjadi ketagihan buat sebahagian besar masyarakat kita. Bukan
sahaja di kota-kota pesat, pengaruhnya sudah terasa hingga ke setiap pelusuk
tempat termasuk kawasan terpencil.
Adalah
menjadi satu pemandangan biasa ketika kita melihat ramai orang di mana-mana
tempat sekalipun sibuk dan terlalu fokus dengan gajet ataupun “smartphone” di
tangan masing-masing. Ada yang memuatnaik gambar di laman sosial Instagram, ada
yang memuatnaik status di Facebook dan bermacam-macam lagi.
Ada
kalanya kita semua berasa lebih selesa apabila berinteraksi di media sosial jika
hendak dibandingkan berkomunikasi di dunia realiti. Like, komen dari “followers”
di media sosial membuatkan kita seolah-olah teruja dan bersorak gembira.Masalah
yang berlaku sekarang ini dijadikan tema sebuah filem pendek komersial di
Thailand. Filem pendek berjudul Lalin ini menyampaikan mesej dan kesedaran
kepada seluruh masyarakat agar tidak terlalu bergantung terhadap dunia
maya.
Filem
komersial yang dihasilkan oleh Pornkasem Beauty Clinic ini membawakan kisah
tentang seorang gadis bernama Lalin. Ketika dia usia mudanya, Lalin sering
dijauhi temannya dan menjadi mangsa buli kerana
wajahnya yang comot dan tidak sehalus serta licin seperti gadis-gadis
biasa.
Setelah
menamatkan pelajaran, dia memutuskan untuk berhijrah ke Jepun kerana dia
berfikir di sana merupakan tempat yang sesuai untuknya memulakan hidup
baru.
Di sana,
dia bebas memakai topeng yang menutupi sebahagian wajahnya. Tiada orang yang
memandang aneh kelakuannya itu kerana di Jepun, memakai topeng muka sudah
menjadi lumrah.
Dia juga
selalu memuatnaik gambar wajahnya di Instagram tetapi dia menggunakan “beauty
apps” agar wajahnya kelihatan sentiasa cantik dan dipuji oleh rakan di laman
media sosialnya.
“Thai Net
Idol in Japan,” itu adalah gelaran yang diberikan oleh followersnya di
Instagram. Namun, semua kebahagiaan di dunia maya itu terhenti seketika
selepas Lalin berkenalan dengan seorang jejaka bernama Nut.
Perkenalan
dengan Nut menyedarkan Lalin bahawa masih ada yang lebih penting dan berharga
jika hendak dibandingkan dengan pujian dan sanjungan palsu di media sosial.
Lalin juga merasakan masih ada lagi yang menyayangi dirinya walaupun dirinya
kurang sempurna.
0 Response to "Video : Kenapa lalin begitu terdesak menipu di laman sosial .. mungkin kah kita sepertinya ?"
Post a Comment