Pada
Khamis lalu, kita dikejutkan dengan tragedi rempuhan di Mina dimana kejadian
berkenaan mengorbankan lebih 717 nyawa dan lebih 800 lagi mengalami
kecederaan.
Semalam, kita dikejutkan lagi dengan satu kejadian kebakaran melibatkan khemah penempatan jemaah haji juga di Mina.
Kejadian kebakaran ini dikatakan berpunca daripada sebuah dapur di dalam kawasan khemah jemaah haji daripada Mesir.
Namun menurut tabung haji, tiada jemaah haji daripada Malaysia terlibat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kebakaran itu berlaku lewat petang semalam.
“Tiada jemaah haji Malaysia terlibat. Semua ahli keluarga jemaah haji di tanah air tidak perlu risau kerana mereka semua berada dalam keadaan baik,’’ katanya.
Menurut Asyraf Wajdi, kebakaran tersebut dipercayai bermula daripada sebuah dapur di perkhemahan itu.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di talian 03-62071919.

0 Response to "(Video) Khemah Jemaah Haji Terbakar Di Mina, Tiada Jemaah Malaysia Terlibat"
Post a Comment