CHINA - Tiga video pendek tersebar di
laman sosial semalam yang menunjukkan kelakuan tidak bermoral seorang pegawai
kerajaan meraba dan cuba membuka pakaian seorang wanita yang berada di
pangkuannya di sebuah restoran.
Klip video viral itu menunjukkan
pegawai kerajaan, Chan Jianming, yang memakai jam tangan emas itu cuba
berseronok dengan wanita terbabit dengan membuka pakaiannya namun gagal.
Chan yang disertai oleh tiga rakannya
juga turut cuba membuka pakaian wanita itu. Tanpa segan silu, wanita terbabit
juga melayani karenah tiga lelaki berkenaan manakala seorang lagi bertindak
merakam video itu.
Mereka juga mengambil gambar punggung
wanita itu menggunakan telefon bimbit masing-masing.
Lapor Xinhua, pegawai berkenaan telah
digantung kerja, sementara pihak lembaga disiplin sedang menjalankan
siasatan.
0 Response to "Video Pegawai Kerajaan Menggatal Di Restoran Tersebar"
Post a Comment