
SEBUAH gambar entiti pelik dan aneh yang berjaya
dirakamkan ketika sidang media khas yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
pada Isnin lalu telah mendapat perhatian ramai netizen.
Penampakan seperti tangan (lihat bulatan
dalam gambar) yang terletak di atas riba mantan Perdana Menteri itu
dipercayai bukan pun anggota tubuh milik tokoh negara tersebut.
Entiti pelik itu telah menimbulkan pelbagai
persoalan dan tanda tanya dalam kalangan orang ramai malahan mula menjadi viral
menerusi laman-laman web tempatan sejak Isnin.
Adakah ia penampakan makhluk halus atau hanya
halusinasi masyarakat yang melihat gambar itu? Itu semua terpulang pada persepsi
dan pandangan individu yang melihat gambar tersebut.
Gambar yang mula viral itu dipercayai telah diambil
pada Isnin lalu ketika Tun M mengadakan satu sidang media khas yang juga
dihadiri bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir ialah beberapa pemimpin politik
terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Tengku Razaleigh Hamzah
dan Tan Sri Ong Tee Keat.
Ia berhubung dengan isu-isu politik semasa termasuk
penahanan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Hassan dan
peguam, Matthias Chang. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "GAMBAR ENTITI PELIK KETIKA SIDANG MEDIA KHAS TUN MAHATHIR JADI VIRAL"
Post a Comment