Gambar Pramugari ‘Berkurung’ Di Ruang Bagasi Jadi Viral Di Media Sosial

BEIJING: Beberapa gambar yang menunjukkan seorang pramugari syarikat penerbangan Kunming dari China yang dipaksa berkurung dalam ruang bagasi pesawat menarik perhatian ramai pengguna media sosial di sini, baru-baru ini.


Pramugari ‘berkurung’ dalam ruang bagasi jadi viral di laman sosial
Gambar pramugari ‘berkurung’ di ruang bagasi jadi Viral di media sosial
Memetik laporan Shanghaiist, gambar berkenaan mula tersebar di aplikasi Wechat sejak minggu lalu di mana hampir semua krew penerbangan itu dipaksa untuk berkurung dalam ruang bagasi penumpang selepas berkhidmat selama 30 sehingga 50 jam.

Difahamkan, ‘protokol’ yang luar biasa berkenaan didakwa telah mula dipraktikkan sejak 4 sehingga 5 tahun lalu.


Susulan itu, syarikat penerbangan tersebut diminta untuk memohon maaf selepas gambar tersebut menjadi viral sehingga segelintir pengguna media sosial menyatakan rasa kurang senang terhadap amalan tersebut.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan dan mengatakan bahawa kejadian tersebut berlaku tanpa pengetahuan mereka.

Jurucakap syarikat penerbangan itu mengatakan bahawa syarikatnya akan menjalankan siasatan lanjut supaya membawa mereka yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Difahamkan, syarikat penerbangan tidak menerima sebarang aduan daripada anak-anak kapal tersebut. -mD

Related Posts :

0 Response to "Gambar Pramugari ‘Berkurung’ Di Ruang Bagasi Jadi Viral Di Media Sosial"

Post a Comment