Kuala Terengganu – Jenazah keenam-enam mangsa kemalangan di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R and R) Perasing, Kemamam semalam selamat dikebumi awal pagi Khamis.
![]() |
Kemalangan Maut: Jenazah Enam Sekeluarga Selamat Dikebumikan |
Sebelum itu jenazah ketiga-tiga beranak disembahyangkan di kediaman bekas mertua Azaman berhampiran tanah perkuburan sebelum disemadi.
Manakala jenazah isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, anak tiri Azaman, Noor Amira Syahirah Alias, 22, dan anak angkat mereka Aqeel Muslim Abdullah, 3, disemadikan tanah perkuburan Islam di kampung halaman mereka di Besut pada pukul 11 pagi Khamis.
Semua jenazah dituntut keluarga masing-masing dari Hospital Kemaman setelah proses bedah siasat selesai lewat malam Rabu.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu enam sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terperosok ke bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan.
Sementara itu bapa saudara Azaman, Abdul Aziz Mohd Yassin, 54, berkata pagi Rabu beliau sempat menghantar masej melalui aplikasi whatsapp kepada mangsa namun mangsa tidak membalas kiriman tersebut.
“Mereka sekeluarga sering berkunjung ke kediaman kami di Gebeng jika terdapat urusan di Pahang,” katanya.
Jelasnya beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak buahnya kira-kira pukul 4 petang Rabu selepas menerima panggilan telefon daripada rakannya sebelum bergegas ke Hospital Kemaman.
Abdul Aziz berkata kali terakhir mangsa menelefonnya dua minggu lepas memaklumkan bekas isterinya telah meninggal dunia di Kuala Lumpur, lapor Bernama.
0 Response to "Kemalangan Maut Di LPT2 : Jenazah Enam Sekeluarga Selamat Dikebumikan"
Post a Comment