PERNAHKAH
sesiapa tertanya-tanya ke manakah perginya rakan pertama pengguna laman sosial
Myspace, Tom Anderson sekarang?
Siapa
sahaja yang tidak kenal dengan gambar yang digunakan Tom ketika itu, lelaki
berbaju putih di hadapan papan putih.
Sejak
beliau menjual laman sosial Myspacenya kepada Rupert Murdoch’s News
Corporation pada tahun 2005 dengan harga USD540 juta yang memberi pulangan
berbilion ringgit kepadanya.
Tom
kini telah menjelajah ke seluruh dunia dan mengejar minatnya dalam bidang
fotografi.
Tom
yang merupakan pengasas Myspace pada tahun 2003 telah bersara daripada
mengendalikan laman sosial itu pada tahun 2009 dan mula menikmati kehidupannya
sebagai jutawan.
Kini
Tom boleh dicari di laman makro Twitter dan Instagram dengan nama ‘MyspaceTom’
dan gambar-gambarnya di Instagram jelas menunjukkan minatnya yang begitu
mendalam terhadap bidang fotografi.
Mengambil selfie bukanlah
sesuatu perkara yang biasa untuk Tom yang jelas seorang pemalu. Kali terakhir
dia memuar naik gambar selfienya adalah pada 2 tahun lalu.
Walau
bagaimanapun, Tom memberitahu sumber bahawa minatnya terhadap fotografi mula di
Festival Burning Man pada tahun 2011.
Beliau
juga mengaku bahawa gambar-gambar dari blog PetaPixel telah mendorong
minatnya dalam bidang itu.
Selain
itu, Tom juga mengucapkan terima kasih kepada rakannya, Trey Ratcliff yang
banyak menunjuk ajarnya dalam bidang tersebut.
“Saya
tidak mengutamakan pandangan dalam alam semula jadi semata-mata, saya cuba
melakukan sesuatu benda kelihatan cantik dan menarik seperti yang pelukis
lakukan,” katanya.
Tom
turut menyatakan beliau akan kerap melancong dan menjelajah ke serata dunia
terutamanya jika ada festival di negara itu untuk mengambil gambar.
Jutawan
itu juga memberitahu beliau akan ikut aliran hidupnya sebegini dan penggembaraan
seperti ini membuatkannya lebih berminat untuk tahu.
Lagi
pun, gambar-gambar yang diambil oleh Tom diseluruh dunia ini memang menakjubkan!
Tak percaya jom sama-sama tengok di bawah ini. – Agensi
0 Response to "Pemilik Myspace, Tom Kini Jadi Jurugambar Profesional"
Post a Comment