Kuala
Terengganu: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersungkur selepas
dibaling dengan kon keselamatan oleh pengawal keselamatan ketika cuba melarikan
diri selepas mencuri barangan milik pesakit dan jururawat Hospital Sultanah Nur
Zahirah (HSNZ), di sini, kelmarin.
Suspek
dipercayai masuk ke dalam wad tingkat 2 dan mengambil beg duit serta telefon
bimbit milik jururawat selain tablet pesakit yang tidak berupaya, kira-kira jam
8.45 malam.
Bagaimanapun
tindakan suspek yang berasal dari Kampung Bukit Tunggal itu disedari kakitangan
wad terbabit sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan yang mengawal di
lobi HSNZ.
Pengawal
Keselamatan HSNZ Anuar Abu Bakar, 33, berkata sebaik menerima maklumat mengenai
jenayah lelaki terbabit dia segera menunggu suspek berhampiran tangga di
lobi.
Menurutnya,
pencuri berkenaan yang bergegas melarikan diri dengan barangan curi itu berjaya
ditahan di lobi.HM
0 Response to "Pencuri Rebah Dibaling Kon"
Post a Comment